Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2 tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mongolibot[m.N.li.bot]kata adjektifkelam-kabut.Dio ngolibot yo kek pojabat pilihan rayo tu.[di.j N.li.bot j kE/ p.dZA.bAt pi.li.hAn ÄA.j tu]Dia kelam-kabut sahaja di pejabat pilihan raya itu.
doda dawah[d.dA dA.wAh]kata adjektifkelam-kabut.Dongae yo, Dolah kono langga koreto, doda dawah lah sokampong nak poi nengok di sopita.[d.NA.E j d.lAh k.n lAN.gA k.ÄE.t d.dA dA.wAh lAh s.kAm.poN nA/ pi nE.N/ di s.pi.tA]Dengar saja Dolah kena langgar kereta, kelam-kabutlah sekampung hendak pergi tengok di hospital.
bokotupeh[b.k.tu.pEh]kata kerjabergegas, tergesa-gesa dalam keadaan kelam-kabut meninggalkan sesuatu tempat.Bilo kono losong tobuan, bokotupeh dio orang lari.[bi.l k.n l.sN t.bu.wAn b.k.tu.pEh di.j .ÄAN lA.Äi]Apabila kena sengat tabuan, bergegas mereka lari.

Kembali ke atas