Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gendeng[gEn.dEN]kata adjektifsendeng, condong, miring, senget.Tolong gendengan papan tu sobolah kiri.[t.lN gEn.dE.NAn pA.pAn tu s.b.lAh ki.Äi]Tolong condongkan papan itu sebelah kiri.
singap[si.NAp]kata namabahagian rumah yang ditambah dan bersifat sementara.Dio tak lamo lai nak bomonantu konola dio buek singap sobolah kiri umahe.[di.j tA/ lA.m lAi: nA/ b.m.nAn.tu k.n.lA di bu.wE/ si.NAp s.b.lAh ki.Äi u.mAh.E]Dia tidak lama lagi akan bermenantu, kenalah dia membuat singap sebelah kiri rumahnya.
tengkuluk[t«N.ku.lu/]kata namakain penutup kepala perempuan yang berbucu dua di kiri dan kanan menyerupai bentuk rumah Minangkabau.Botambah bosori anak daro Cik Timah bilo dio pakai tengkuluk.[b.tAm.bAh b.s.Äi A.nA/ dA.č tSi/ ti.mAh bi.l di.j pA.kAj t«N.ku.lu/]Bertambah berseri anak dara Cik Timah apabila dia memakai tengkuluk.

Kembali ke atas