Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuah] | کواه

Definisi : air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuah] | کواه

Definisi : cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuah

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ginco[gin.tS]kata kerjamenggaul dengan tujuan menebatikan benda yang sikit kepada yang banyak (tentang makanan).Kok kuah kau dah abeh, poi gincoan nasik kau kek bolango tu.[ko/ ku.wAh kAw dAh A.beh pi gin.tS.An nA.si/ kAw kE/ b.lA.N tu]Kalau kuah kau sudah habis, pergi gaulkan nasi kau di belanga itu.
kelenset[k«.lEn.sEt]kata kerja1. singsing (tentang pakaian).Longan baju tu panjang bona, kelensetan siket kang kok kono kuah.[l.NAn bA.dZu tu pAn.dZAN b.nA k«.lEn.sEt.An si.kEt kAN k/ k.n ku.wAh]Lengan baju itu panjang benar, singsinglah sedikit nanti terkena kuah.
jolinang[dZ.li.nAN]kata adjektifberkenaan laut atau gulai yang berminyak di permukaan air; bojolinang.Dek tolampau banyak santan, kuahe jolinang minyake.[dE/ t.lAm.pAw bA.øA/ sAn.tAn ku.wAh.E dZ.li.nAN mi.øA/.e]Kerana terlampau banyak santan, kuah gulai itu menjadi terlalu banyak minyaknya.
bojolinang[b.dZ.li.nAN]kata adjektifberkenaan laut atau gulai yang berminyak di permukaan air; jolinang.Dek tolampau banyak santan, kuahe bojolinang minyake.[dE/ t.lAm.pAw bA.øA/ sAn.tAn ku.wAh.E b.dZ.li.nAN mi.øA/.e]Kerana terlampau banyak santan, kuah gulai itu menjadi terlalu banyak minyaknya.

Kembali ke atas