Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monyolinga[m.ø.li.NA]kata adjektifberkenaan bau bunga, buah dan lain-lain yang terlalu keras.Bungo kesidang tu, monyolinga baue.[bu.N kE.si.dAN tu m.ø.liN bAu:E]Bunga kesidang itu, terlalu keras baunya.
lunu[lu.nu]kata namaisi buah langsat, rambutan dan lain-lain.Lunu moktan tak toba tak laku dijua.[lu.nu mo/.tAn tA/ t.bA tA/ lA.ku di.dZuA]Isi rambutan itu tidak tebal tidak boleh dijual.
porangko[p.ÄAN.k]kata namarangka rumah dan lain-lain yang belum berdinding.Porangkoe dah togak, bilo lai nak molantaie.[p.ÄAN.k.E dAh t.gA/ bi.l lAi: nA/ m.lAn.tAj.E]Rangkanya sudah ditegakkan, bila lagi hendak memasang lantainya.
carak[tSA.ÄA/]kata kerjamenebuk telur, kelapa dan lain-lain untuk menghisap, menyedut isinya.Indok itek nilo tu tongah carak toloe seniri.[in.do/ i.te/ ni.l tu t.NAh tSA.ÄA/ t.lo s«.ni.Äi]Ibu itik nila itu sedang menebuk telurnya sendiri.
poloh[p.lh]kata kerjamenyumbatkan sesuatu seperti baju dan lain-lain.Dipolohe kaen baju tu banyak-banyak, sampai pocah zipe.[di.p.lh.E kAEn bA.dZu tu sAm.pAj p.tSAh zip.E]Disumbatnya kain baju itu sampai pecah zipnya.
sokuntung[s.kun.tuN]kata namasejenis bekas mengisi ikan daripada buluh, mengkuang, dawai dan lain-lain.Ponuh sokuntung dapek ikan monjalo somalam.[p.nuh s.kun.tuN dA.pE/ i.kAn mn.dZA.l s.mA.lAm]Penuh sekuntung, dapat ikan menjala semalam.
rewai[ÄE.wAj]kata kerja1.      memukul menggunakan sesuatu yang panjang seperti rotan, galah, kayu dan lain-lain.Apo dibiaan ayam tu, rewai la siket.[A.p di.bi.jA.An A.jAm tu ÄE.wAj lA si.ket]Apa dibiarkan ayam itu, rewailah sedikit.
mompa[mm.pA]kata kerjamengesan penyakit dengan tangan, telur dan lain-lain.Pawang mompa ponyakete guno tolo ayam kampong.[pA.wAN mm.pA p.øA.ket.e. gu.n t.l A.jAm kAm.poN]Pawang mengesan penyakitnya, menggunakan telur ayam kampung.
tocengkong[t.tSEN.kN]kata adjektifduduk bertinggung di dahan, batang kayu dan lain-lain.Dio tocengkong ateh tembok menengok orang lalu.[di.j t.tSEN.kN A.tEh tEm.b/ m.nE.N/ .ÄAN lA.lu]Dia duduk mencangkung di situ melihat orang lalu.
moncocoh II[mn.tS.tSh]kata adjektifberkenaan rasa seperti pedas, masam dan lain-lain yang terlampau.Gulai lomak cili api tu moncocoh podehe.[gu.lAj l.mA/ tSi.li A.pi tu mn.tS.tSh p.dEh.E]Gulai lemak cili api itu terlalu pedas.
1234

Kembali ke atas