Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mas] | لمس

Definisi : tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mas] | لمس

Definisi : tidak dpt bernafas kerana tenggelam dlm air (kena gas dll); sesak bernafas: Sudah dua orang yg mati ~ dlm kolam itu. ~ fikiran tidak dpt berfikir; bingung. melemaskan menjadikan lemas: Asap yg tebal itu telah ~ beberapa orang kanak-kanak. kelemasan menderita lemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak boleh bernafas, sesak bernafas.,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
solemo[s.lE.m]kata namahingus.Solemo budak ni tak boronti-ronti kolua, lomeh den dibueke.[s.lE.m bu.dA/ ni tA/ b.čn.ti b.čn.ti k.luA l.mEh dEn di.bu.wE/.E]Selesema budak ini tidak berhenti-henti keluar, lemas saya dibuatnya.

Kembali ke atas