Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bi/] | لمبيق

Definisi : 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bi/] | لمبيق

Definisi : 1 tidak keras; lembut: Bantal ini ~ benar. 2 kurang cergas; lemah: Semangatnya ~. melembikkan menyebabkan menjadi lembik; melembutkan. kelembikan keadaan atau sifat lembik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembik (adjektif)
1. Bersinonim dengan lembut: lunak, benyek, benyai, lodoh,
Berantonim dengan keras

2. Bersinonim dengan lembam: lembap, lambat, lemah, lembik,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembikkan, kelembikan,


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bonyo[b.ø]kata adjektifberkenaan buah yang lembik dan hampir membusuk.Dian bolando ni dah bonyo, tak elok dimakan.[di.jAn b.lAn.d ni dAh b.ø tA/ E.l/ di.mA.kAn]Durian belanda ini sudah lembik, tidak elok untuk dimakan.

Kembali ke atas