Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(78)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cokuih[tS.kuih]kata kerjamengambil sedikit makanan secara tidak tertib.Sapo yang cokuih gulai ni, sampai tumpah dibueke.[sA.p jAN tS.kuih gu.lAj ni sAm.pAj tum.pAh di.bu.wE/.E]Siapa yang mengambil gulai ini, hingga tumpah dibuatnya.
cikun[tSi.kun]kata kerjamengambil sesuatu tanpa kebenaran.Ntah sapo yang cikun duet omak duo posen ni.[ntAh sA.p jAN tSi.kun du.wEt .mA/ du.w p.sen ni]Entah siapa yang mengambil duit emak dua puluh sen ni.
celoi[tSE.li]kata namamengambil dengan menggunakan jari (seperti mengambil lauk di dalam mangkuk).Lauk dalam mangkok ni copek basi kalu kono celoi.[lAo/ dA.lAm mAN.ko/ ni tS.pE/ bA.si kA.lu k.n tSE.li]Makanan dalam mangkuk ini akan cepat basi jika diambil dengan jari.
tang ae[tAN. AE] tali air.Atok poi tang ae ambek ae semayang.[A.t/ pi tAN. AE Am.bE/ AE s«.mA.jAN]Datuk ke tali air mengambil air sembahyang.
binjek[bin.dZe/]kata kerjamengambil dengan tiga hujung jari (sedikit bahan).Binjek siket kue tu, omak nak raso.[bin.dZe/ si.kEt kuE tu .mA/ nA/ ÄA.s]Ambilkan secubit kuih itu, emak hendak rasa.
poting[p.tiN]kata namakeratan buluh yang dipakukan pada batang pokok yang berfungsi sebagai anak tangga.Den guno poting panjek pokok sialang ngambek nisan lobah.[dEn gu.n p.tiN pAn.dZE/ p.k/ siA.lAN NAm.bE/ ni.sAn l.bAh]Saya gunakan poting, panjat pokok sialang mengambil madu.
arai[A.ÄAj]kata namamayang pinang atau enau.Coromat siket ambek arai pinang tu, kok jatuh botoraba nanti.[tS.č.mAt si.kEt Am.bE/ A.ÄAj pi.nAN tu ko/ dZA.th b.t.ÄA.bA nAn.ti]Cermat sedikit apabila mengambil arai pinang itu, jika jatuh bertaburan nanti.
moncilut[mn.tSi.lut]kata kerjamencuri, tipu secara tidak sedar, mengambil.Dio moncilut duet ayahe, baki boli surat kabar.[di.j mn.tSi.lut duEt A.jAh.E bA.ki b.li su.ÄAt kA.bA]Dia mencuri duit ayahnya, baki beli surat khabar.
kobok II[k.b/]kata kerjamengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kerobong.Tak payah bosonduk do, den kobok yo nasik dalam piyuk tu.[tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k.b/ j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu]Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu.
kerobong[k«.č.bN]kata kerjamengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kobok.Tak payah bosonduk do, den kerobong yo nasik dalam piyuk tu.[tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k«.č.bN j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu]Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu.
12

Kembali ke atas