Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tanah mengandung[tA.nAh m«.NAn.duN] gelaran untuk Luak Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir, Teraci dan Seri Menanti yang terletak di bahagian tengah dan timur Negeri Sembilan.   
mongelat[m.NE.lAt]kata namatanda-tanda mengandung, demam kerana tanda-tanda mengandung.Monantue dah mula mongelat, tak lamo lai dapek lah cucu.[m.nAn.tu.E dAh mu.l m.NE.lAt tA/ lA.m lAi: dA.pE/ lAh tSu.tSu]Menantunya sudah mula menunjukkan tanda-tanda mengandung, tidak lama lagi dapatlah cucu.

Kembali ke atas