Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن

Definisi : 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mongorinyik[m.N.Äi.øi/]kata adjektifberkenaan cahaya yang berbintik-bintik.Kaco tivi tu mongerinyik, bilo tak ado siaran.[kA.tS ti.vi tu m.N.Äi.øi/ bi.l tA/ A.d siA.ÄAn]Kaca televisyen itu mengeluarkan cahaya berbintik-bintik, apabila tiada siaran.
tuntung[tun.tuN]kata kerjamembalikkan atau menyendengkan.Kok payah bona nak ngeluaan duet dalam tabong tu tuntung ajolah.[k/ pA.jAh b.nA nA/ N«.luA.An du.wet dA.lAm tA.boN tu tun.tuN A.dZ.lAh]Jika susah sangat hendak mengeluarkan cuit dalam tabung itu balikkan sajalah.
kotuau[k.tu.wAw]kata kerjamengeluarkan bunyi dengan cara meniup dua belah tapak tangan (yang dilekapkan).Komarahan rimau, bilo mondonga bunyi kotuau tiko malam ari.[k.mA.ÄA.hAn Äi.mAw bi.l mn.d.NA bu.øi k.tu.wAw ti.k mA.lAm A.Äi]Kemarahan harimau apabila mendengar bunyi ketuau ketika malam hari.
moncieh[mn.tSi.jEh]kata kerjamengeluarkan peluh dengan banyak.Dek tolalu lamo molambuk tanah di bolakang rumah, moncieh polohe.[de/ t.lA.lu lA.m m.lAm.bu/ tA.nAh kE/ b.lA.kAN Äu.mAh mn.tSi.jEh p.lh.E]Kerana terlampau lama mencangkul tanah di belakang rumah, keluar banyak peluhnya.

Kembali ke atas