Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyeladang bagai panas di padang.

Bermaksud :

Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
monghayau[mN.hA.jAw]kata kerjamengalir merata-rata, melimpah.Bueklah paret, jangan biaan ae tu monghayau morato tompek.[bu.wE/.lAh pA.ÄEt dZA.NAn biA.An AE tu mN.hA.jAw m.ÄA.t tm.pE/]Buatlah parit, jangan biarkan air itu mengalir merata tempat.
kolintau[k.lin.tAw]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; bokolelong.Kolintau den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[k.lin.tAw dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?
bokolelong[b.k.le.lN]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; kolintau.Bokolelong den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[b.k.lE.lN dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?

Kembali ke atas