Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cokak[tS.kA/]kata kerjaberkelahi, bertengkar secara lisan.Duo boradek tu kok bojumpo mesti bocokak yo kojoe.[du b.ÄA.de/ tu ko/ b.dZum.p m«s.ti b.tS.kA/ j k.dZ.E]Dua beradik itu kalau bertemu, mesti berkelahi saja kerjanya.
jamba[dZAm.bA]kata namasajian, dulang, talam, hidangan.Jamba tuk lombago mosti boraleh dan botudong.[dZAm.bA tu/ lm.bA.g ms.ti b.ÄA.lEh dAn b.tu.doN]Sajian Tuk Lembaga mesti beralas dan bertudung.
stom[stm]kata namacorong lampu, cimni.Nak torang lampu tu, stome kono cuci solalu.[nA/ t.ÄAN lAm.pu tu stom.E k.n tSu.tSi s.lA.lu]Hendak terang lampu itu, corong lampu mesti selalu dicuci.

Kembali ke atas