Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cuek[tSu.wE/]kata kerjapacak, cacak.Cuekan doreh kayu paga tu, esok pagi kok nak buek paga.[tSu.wE/.An d.ÄEh kA.ju pA.gA tu E.s/ pA.gi ko/ nA/ bu.wE/ pA.gA]Pacakkan segera kayu pagar itu esok pagi kalau hendak membuat pagar.
bocongkeh[b.tSN.keh]kata kerjaberborak, berbual-bual.Kok pak lobai ada, moreko bocongkehlah sampai ko pagi.[k/ pA/ l.bAj A.d m.ÄE.k b.tSN.keh.lAh sAm.pAj k pA.gi]Kalau pak lebai ada, mereka berbuallah sampai ke pagi.
tohongok[t.h.N/]kata adjektifduduk tanpa melakukan sesuatu.Dio duk tohongok kek kodai kopi tu dari pagi sampai potang.[di.j du/ t.h.N/ kE/ k.dAj k.pi dA.Äi pA.gi sAm.pAj p.tAN]Dia duduk tanpa melakukan sesuatu di kedai kopi itu dari pagi sampai petang.
bongka[bN.kA]kata kerjabangun dari duduk atau tidur, bangkit.Dah moninggi ari, dio bolom yo bongka lai.[dAh m.niN.gi A.Äi di.j b.lum j bN.kA lAi:]Matahari pagi telah pun tinggi, dia belum juga bangun dari tidur.

Kembali ke atas