Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cang hencut[tSAN. hEn.tSut] permainan rakyat yang dilakukan dengan cara berkejar-kejaran dan tangkap menangkap.   
tumbuk kalang[tum.bo/ kA.lAN] sejenis permainan muzik tradisional Negeri Sembilan.   
suku lipat[su.ku li.pAt] sejenis permainan rakyat.   
siku lipat[si.ku li.pAt] sejenis permainan rakyat.   
kuda lambung[ku.d lAm.buN] nama lagu dalam permainan tumbuk kalang.   
cang capik[tSAN tSA.pE/] lagu kanak-kanak yang dinyanyikan beramai-ramai untuk menentukan siapa yang akan menjadi pencari sebelum sesuatu permainan sorok-sorok dimulakan.   
lolotup[l.l.tup]kata namasejenis bedil yang diperbuat daripada buluh untuk permainan kanak-kanak.Buah condorai boleh dibuek poluru lolotup.[bu.wAh tSn.d.ÄAj b.lEh di.bu.wE/ p.lu.Äu l.l.tup]Buah cenderai boleh dijadikan peluru leletup.
kalang[kA.lAN]kata nama1. garisan melintang dalam permainan galah panjang.Gareh tigo kalang kek laman, kok nak maen galah panjang.[gA.ÄEh ti.g kA.lAN kE/ lA.mAn ko/ nA/ mAEn gA.lAh pAn.dZAN]Garis tiga garisan melintang, kalau hendak main galah panjang.
coneteng[tS.nE.tEN]kata adjektiftipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; ceneke.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek conetenge.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.
ceneke[tSE.nE.kE]kata kerjatipu helah dalam permainan, pertandingan dan lain-lain; coneteng.Maen dengan dio bojago-jago siket, dio bukan maen kuek cenekee.[mAEn d.NAn di.j b.dZA.g.dZA.g si.kE/ di.j bu.kAn mAEn ku.wE/ tSE.nE.kE.E]Jikalau bermain dengan dia, berjaga-jaga, kerana dia kuat menipu.

Kembali ke atas