Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(5)

379

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Rambut sama hitam, hati lain-lain

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan rambut sama hitam, hati lain-lain, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bulek[bu.lE/]kata namakeputusan sebulat suara, persetujuan bersama.Putuihe dah bulek, jangan ditontang lai.[pu.tuih.E dAh bu.lE/ dZA.NAn di.tn.tAN lAi:]Keputusannya adalah dengan persetujuan bersama. Oleh itu jangan ditentang lagi.
morumah[m.Äu.mAh]kata kerjamencuri masuk secara rahsia ke dalam bilik gadis oleh lelaki yang bukan mahramnya dengan persetujuan dan bantuan pihak gadis berkenaan pada waktu tengah malam.Dek mak ayahe tak suko kek Bidin, Bidin morumah kek Milah.[dE/ mA/ A.jAh.E tA/ su.k kE/ bi.din bi.din m.Äu.mAh kE/mi.lAh]Disebabkan emak ayahnya tidak suka akan Bidin, Bidin mencuri masuk bilik Milah.

Kembali ke atas