Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kau] | ڤوکاو

Definisi : sj tepung (drpd biji kecubung dll) atau jampi serapah (tangkal dsb) yg digunakan utk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap; kena ~ a) ki hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri); memukau 1. mengenakan (membubuh) pu­kau; 2. ki memperdaya, mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan, mengagum­kan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia; terpukau 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; pukauan hasil perbuatan atau usaha memu­kau: dia membaca sedikit mantera utk menyedarkan anaknya drpd ~ itu; pemukau orang yg mengenakan pukau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kau] | ڤوکاو

Definisi : 1 ubat yg dibuat drpd biji kecubung dll utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dpt membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yg sebenarnya. memukau 1 mengenakan atau membubuh pukau. 2 ki memperdaya orang lain; menipu. terpukau 1 kena pukau. 2 ki terpedaya; tertipu. 3 ki terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukau (kata nama)
Bersinonim dengan bahan jampi, bahan serapah, ubat guna-guna;,
Kata Terbitan : memukau, terpukau,


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bolengkangan[b.lEN.kA.NAn]kata adjektiftidak teratur, bersepah-sepah, bersimpang-siur.Kok kau tido bolengkangan, tak kono dek pukau do.[ko/ kAw ti.do b.lEN.kA.NAn tA/ k.n de/ pu.kAw d]Jikalau engkau tidur tidak teratur tidak akan kena pukau.

Kembali ke atas