Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.tan] | روتن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg di­­­­buat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~; ~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii; ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Dae-monorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scab­ridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manan; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra; ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang di­cucuk sahaja prb perihal orang yg tidak me-milih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (per­hu­bungan) yg tidak dapat disambung (di­damai­kan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga; merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. me­mukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~; perotan orang yg bekerja mencari rotan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.tan] | روتن

Definisi : ; rumput ~ beras sj tumbuhan (rumput), kerubung padi, Cyrtococcum oxyphyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.tan] | روتن

Definisi : 1 nama sj palma memanjat yg batangnya dpt dijadikan bahan bermacam-macam perkakas, Calamus spp.. 2 sebat atau pukulan sbg hukuman: Hukumannya ialah tiga tahun penjara dan enam ~. 3 alat drpd rotan 1 utk memukul. berotan mencari rotan (dlm hutan): Mereka pergi ~ di hujung kampung. merotan memukul atau menyebat dgn rotan (sbg hukuman): Ibunya pun menggertak hendak ~nya. perotan orang yg kerjanya mencari rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rotan
Kata Terbitan : merotan,

Puisi
 

Rotan batu simpul pulih,
     Pauh percik dalam cawan;
Bagaimana hendak boleh,
     Tahan racik pintu awan.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kerat rotan,
     patah arang.

Bermaksud :

Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tobooh[t.b.h]kata adjektifmalu, aib.Tobooh dia bilo guru bosa rotan dio dopan mured-mured laen.[t.b.h di bi.l gu.Äu b.sA č.tAn di.j d.pAn mu.ÄEt.mu.ÄEt lAen]Malu dia bila guru besar rotan dia depan murid-murid lain.
gohong[g.hN]kata namalubang, gua.Poncari rotan dari Rombau tososek, tojumpo gohong dalam utan kek Bukit Tujuh Sori Monanti.[pn.tSA.Äi č.tAn dA.Äi čm.bAw t.s.sE/ to.dZum.p g.hN dA.lAm u.tAn kE/ bu.ket tu.dZh s.Äi m.nAn.ti]Pencari rotan dari Rembau; tersesat, terjumpa gua dalam hutan di Bukit Tujuh Seri Menanti
tolatai[t.lA.tAj]kata namabidai daripada buluh, bertam atau rotan.Dah pasang tolatai ko, bosori rumahe.[dAh pA.sAN t.lA.tAj k b.s.Äi Äu.mAh.E]Dah pasang bidai itu, berseri rumahnya.
rewai[ÄE.wAj]kata kerja1.      memukul menggunakan sesuatu yang panjang seperti rotan, galah, kayu dan lain-lain.Apo dibiaan ayam tu, rewai la siket.[A.p di.bi.jA.An A.jAm tu ÄE.wAj lA si.ket]Apa dibiarkan ayam itu, rewailah sedikit.
lapon[lA.pon]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, pedodak, pupuh, tajau.Dek dogeke tu, dio torok kono lapon kek abahe.[de/ d.gE/.E tu di.j t.č/ k.n lA.pon kE/ A.bAh.E]Disebabkan kedegilannya itu, dia teruk dipukul oleh ayahnya.
tajau[tA.dZAw]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, lapon, pedodak, pupuh.Dio tak poi skolah, sobab kono tajau kek abange.[di.j tA/ pi sk.lAh s.bAb k.n tA.dZAw kE/ A.bAN.E]Dia tidak pergi sekolah, sebab kena pukul dengan abangnya.
pupuh[pu.puh]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, lapon, pedodak, tajau.Dio tak poi skolah, sobab kono pupuh kek abange.[di.j tA/ pi sk.lAh s.bAb k.n pu.puh kE/ A.bAN.E]Dia tidak pergi sekolah, sebab kena pukul dengan abangnya.
cemat[tSE.mAt]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; lapon, pedodak, pupuh, tajau.Dio tak poi skolah, sobab kono cemat kek abange.[di.j tA/ pi sk.lAh s.bAb k.n tSE.mAt kE/ A.bAN.E]Dia tidak pergi sekolah, sebab kena pukul dengan abangnya.
pedodak[p«.d.dA/]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, lapon, pupuh, tajau.Dio tak poi skolah, sobab kono pedodak kek abange.[di.j tA/ pi sk.lAh s.bAb k.n p«.d.dA/ kE/ A.bAN.E]Dia tidak pergi sekolah, sebab kena pukul dengan abangnya.

Kembali ke atas