Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
jolinang[dZ.li.nAN]kata adjektifberkenaan laut atau gulai yang berminyak di permukaan air; bojolinang.Dek tolampau banyak santan, kuahe jolinang minyake.[dE/ t.lAm.pAw bA.øA/ sAn.tAn ku.wAh.E dZ.li.nAN mi.øA/.e]Kerana terlampau banyak santan, kuah gulai itu menjadi terlalu banyak minyaknya.
bojolinang[b.dZ.li.nAN]kata adjektifberkenaan laut atau gulai yang berminyak di permukaan air; jolinang.Dek tolampau banyak santan, kuahe bojolinang minyake.[dE/ t.lAm.pAw bA.øA/ sAn.tAn ku.wAh.E b.dZ.li.nAN mi.øA/.e]Kerana terlampau banyak santan, kuah gulai itu menjadi terlalu banyak minyaknya.
jalang[dZA.lAN]kata adjektifberkenaan santan yang cair.Gulai lomak umbut kolapo kau ni jalang yo kuahe, tak selero den nak makane.[gu.lAj l.mA/ um.but k.lA.p kAw ni dZA.lAN j ku.wAh.E tA/ s.lE.č den nA/ mA.kAn.E]Gulai lemak umbut kelapa kau ini cair sahaja kuahnya, tidak selera saya hendak makannya.

Kembali ke atas