Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
solotuih[s.l.tuih]kata tugassekali-sekali (tentang bercakap).Cakape solotuih-solotuih yo tapi podeh tolingo dibuweke.[tSA.kAp.E s.l.tuih.s.l.tuih j tA.pi p.dEh t.li.N di.bu.wE/.E]Cakapnya sekali-sekali saja tapi pedih telinga dibuatnya.
rantok[ÄAn.to/]kata adjektifrapat.Limo gaseng yang rantok tu, sokali pangkah duwo-duwo torobang.[li.m gA.sEN jAN ÄAn.t/ tu s.kA.li pAN.kAh du.w.du.w t.č.bAN]Lima gasing yang rapat itu, sekali pangkah dua-dua terbang.
tobolengot[t.b.lE.Nt]kata adjektifberkenaan mata pisau, parang dan lain-lain yang bengkok.Tula, kalau boli parang yang murah, pakai sokali duo, dah tobolengot.[tu.lA kA.lAw b.li pA.ÄAN jAN mu.ÄAh pA.kAj s.kA.li du.w dAh t.b.lE.Nt]Itulah, jika beli parang yang murah, pakai sekali dua, sudah bengkok matanya.
rambah[ÄAm.bAh]kata kerjapangkah gasing kena dua-dua sekali.Duo gaseng yang rantok tu, kok dipangkah tontu la rambah.[du.w gA.seN jAN ÄA.tu/ tu k/ di.pAN.kAh tn.tu lA ÄAm.bAh]Dua gasing yang rapat itu kalau dipangkah tentulah kena kedua-duanya.

Kembali ke atas