Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
moragau[m.ÄA.gAw]kata kerjamenangis.Anake moragau sopanjang malam sobab tosalah makan.[A.nA/.E m.ÄA.gAw s.pAn.dZAN mA.lAm s.bAb t.sA.lAh mA.kAn]Anaknya menangis sepanjang malam kerana tersalah makan.
molampoh[m.lAm.ph]kata adjektifamat banyak, melambak.Musim ni pereh, buah dian molampoh sopanjang jalan.[mu.sim ni pE.ÄEh bu.wAh di.jAn m.lAm.ph s.pAn.dZAN dZA.lAn]Musim ini teruk, buah durian terlalu banyak di sepanjang jalan.

Kembali ke atas