Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1 beranda (yg agak panjang) yg bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit drpd ibu rumah; selasar. 2 platform di stesen kereta api. ~ jantung ruang pd jantung yg di sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serambi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diberi betis hendak paha.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lujong[lu.dZoN]kata namatempat sembahyang (pada rumah adat), ujung serambi.Di lujong tu biasoe tompek somayang.[di lu.dZoN tu bi.jA.s.E tm.pE/ s.mA.jAN]Di hujung serambi itu, biasanya tempat sembahyang.
polompa[p.lm.pA]kata namapalang pada dinding di serambi.Sorambi tu kono bori polompa baru bobudak tak jatoh ko tanah.[s.ÄAm.bi tu k.n b.Äi p.lm.pA bA.Äu b.bu.dA/ tA/ dZA.toh k tA.nAh]Serambi itu kena diberi polompa, baru budak-budak tidak jatuh ke tanah.
moncolinak[mn.tS.li.nA/]kata adjektifberkenaan bau yang terlalu kuat.Ikan pokasam tu, moncolinak baue sampai ko sorambi.[i.kAn p.kA.sAm tu mn.tS.li.nA/ bAu:.E sAm.pAj k s.ÄAm.bi]Ikan pekasam itu terlalu kuat baunya sampai ke serambi.

Kembali ke atas