Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.kar] | ترباکر

Definisi : sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbakar

Puisi
 

Sampan kolek perahu Melayu,
     Habis terbakar papan lunasnya;
Akar membelit di pohon kayu,
     Kalau tak batang papan lunasnya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
locot[l.tSt]kata kerja1. melepuh, hangus terbakar (pada tubuh badan).Tangane locot dek tokono ae monggologak.[tA.NAn.E l.tSt de/ t.k.n AE mN.g.l.gA/]Tangannya melepuh kerana terkena air menggelegak.
congkot[tSN.kt]kata adjektifhitam atau hangus, rentung kerana dibakar atau digoreng.Mayat dalam rumah yang tobaka tu, payah nak kona, sobab dah congkot.[mA.jAt dA.lAm Äu.mAh jAN t.bA.kA.tu pA.jAh nA/ k.nA s.bAb dAh tSN.kt]Mayat di dalam rumah yang terbakar itu sukar hendak dikenali, sebab sudah hangus.
solompot II[s.lm.pt]kata adjektifsehelai sepinggang, terlalu miskin.Ponguni rumah tu tinggi solompot yo, sobab romahe tobaka.[p.Nu.ni Äu.mAh tu tiN.gA s.lm.pt j s.bAb Äu.mAh.E t.bA.kA]Penghuni rumah itu tinggal sehelai sepinggang sahaja sebab rumahnya terbakar.

Kembali ke atas