Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
toboba[t.b.bA]kata kerjaterkejut lazimnya merujuk kepada binatang.Ayam kek roban tu toboba dimasuk dek musang.[A.jAm ke/ č.bAn tu t.b.bA di.mA.su/ dE/ mu.sAN]Ayam dalam reban itu terkejut kerana dimasuki musang.
togorau[t.g.ÄAw]kata adjektifterkejut, tergamam.Dio togorau bilo nampak ula sawo dalam robane sodang moluluih ayam.[di.j t.g.ÄAw bi.l nAm.pA/ u.lA sA.w dA.lAm č.bAn.E s.dAN m.lu.luh A.jAm]Dia tergamam bila nampak ular sawa dalam rebannya sedang menelan ayam.

Kembali ke atas