bobolian Kd | pakar upacara keagamaan. | Si Odu ada. Si Odu itu bobolian. Dia boleh menyembuhkan penyakit. | Hidayah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ikak Mr | pembantu pakar upacara keagamaan. | Ketika tingkaayoh dan ikak sedang merawat suaminya, Angusi merungut dan meratap terus. Sehinggalah mereka selesai merawat dan mengesahkan bahawa ayahnya tak dapat dipulihkan lagi. Tulang belakangnya retak atau patah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bobohizan Kd Pn | pakar upacara keagamaan. | Orang kampung sudah pun mengikat babi jantan itu ke tempat menjampi. Bobohizan yang ditugaskan untuk memulakan upacara pemujaan itu sudah bersedia. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babalian Kd, Mr, Tb | pakar upacara keagamaan. | Langsung dia tidak lagi memerlukan babalian sebagai orang perantaraannya dengan kuasa ghaib yang mereka puja sebelum ini. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duman, *dungan* Ib | kata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan). | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |