pisit Ib | rapat. | KIRA-KIRA tiga hari selepas kejadian itu, Jubang (Peyelenggara DBP Sarawak). 1992. DBP & KPM. mengajak Keling mengetuai rombongan menyerang bala Banggai di sebelah mega pisit, menyerang ke benua Nading di coreng pintu langit. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tilau-tilau idaan Bj Sm | perbuatan merisik calon isteri/menantu (secara tidak rasmi). | Namun, Rohayu sedar, tidak seperti keluarga lain, apabila menerima rombongan tilau-tilau idaan, pelbagai soalan dikemukakan seperti; apakah anak gadis mereka memang sudah tiba masanya untuk berumahtangga? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biau Ib | upacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial). | Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pandong, *pandung* Ib | binaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera. | Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |