papagan Bj PT, Sl, Tb | tempat meletak kulintangan. | Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kubamban Bj PT, Sl, Tb | sejenis butang tembaga menyerupai butang betawi. | Baju kebaya, potongan pendek, bertangan panjang dengan dihiasi dengan kubamban yang diperbuat daripada tembaga menyerupai butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kandit Bj PT | sejenis tali pinggang yang ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Ikat Pinggang - dikenal dengan nama kandit - ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |