sagindai Kd Rn | upacara pemujaan semangat tengkorak. | Upacara `sagindai' ini ialah upacara pemujaan roh atau semangat tengkorak atau kepala yang telah dipancung ketika berlakunya peperangan suku atau kaum. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patod Kd Rn | upacara tolak bala dan mengubat orang sakit. | Sekiranya upacara patod ini diadakan bagi mengubat orang yang sedang sakit, maka `bobolian' akan menari atau mengalai -madsayau, yang bentuk tariannya hampir seperti mengigol. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngolitan Kd Rn | baju ditenun daripada kapas. | Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berusat Kd Rn | bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk bambarayon, diperbuat daripada bambu. | Berusat yang menjadi bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk `bambarayon' itu akan didirikan di tengah-tengah sawah atau ladang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
padi kubong Kd Rn | padi bukit. | Kaka dia mau kasi tumbuh itu tu nugiari takanun (makanan) yang kita panggil padi kubong (padi bukit) yang nondoh (sekarang) om. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampur Kd Tm, Kd Rn | harta yang diberikan oleh keluarga isteri. | Isterinya juga akan menyimpan "ampur" atau "noitah" iaitu harta yang diberikan oleh keluarga isterinya. Selalunya, ia terdiri daripada barang-barang perhiasan, pakaian dan kerbau. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |