porong Bj Sp | dastar. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolok Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lolai Bj Sp | sejenis tarian tradisional orang Bajau Semporna. | Dengan pukulan dan rentak yang tertentu dari bunyi Gabang, akan dapatlah dilahirkan tarian Lolai atau Lolok - iaitu sejenis lagi tarian orang-orang Bajau. Tarian inipun banyak terdapat di daerah Semporna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lepa Bj Sp | perahu. | PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lajjuk Bj Sp | tanjak. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
janggai Bj Sp | kuku palsu yang diperbuat daripada perak atau suasa. | Janggai - kuku palsu daripada perak atau suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jabbang Bj Sp | taming atau perisai. | Taming atau perisai ini terdiri daripada dua jenis yang sering terdapat pada masyarakat Bajau Semporna iaitu taming jenis Jabbang yang bentuknya panjang kira-kira dua kaki di bahagian hujung sebelah atas dan bawahnya berbentuk tajam. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buek Bj Sp | sejenis kayu keras dan liat. | Kayu pilihan utama adalah kayu Balunu-Balunu dan kayu buek. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antuilas Bj Sp | kertas berkilat dan berwarna-warni. | Kepala penari-penari wanita akan dihiasi dengan korona, menyerupai mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal yang ditutupi dengan kain kesumba, kemudian dihiasi pula dengan antuilas, iaitu kertas berkilat dan berwarna-warni. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik kuntau Bj Sp | sejenis irama paluan kulintangan. | Kalau diperhati dengan teliti rentak atau irama titik kuntau yang menjadi satu tempo dan tarian di dalam tegungguk bagi masyarakat Bajau di Semporna ada persamaannya dengan rentak atau irama tigad-tigad bagi masyarakat Bajau di Kota Belud, di mana di dalam kedua-dua rentak atau irama tersebut penari-penarinya akan menari sama seperti keadaan orang yang sedang berpencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |