congek MSr | cengeng. | “Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek,” usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu “sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beremak MSr | mengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit. | Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid. | Antologi Cerpen Meminggir Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mangasok Kd, Mr | menugal. | Dan ah! Mangasok yang melepuhkan tapak tanganku itu sebetulnya sudah lama beres. Cambah dari benih padi Abang di huma itu sudah melebihi buku lali sekarang. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkalan Mr | tempayan yang digunakan sebagai keranda. | “Sebelum ibu nazak dulu, ibu ada berpesan, jika dia mati, dia mau kita kuburkan saja dalam tajau bangkalan. Aku fikir pun, tajau itu ngam juga dengan tubuh ibu. Lagipun itu memang warisan nenek moyangnya,” jelas abang Paring lagi. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |