ulun II Kn, Ml, MSr | hamba, abdi sahaya. | Tidak seperti Karini yang dipelihara oleh Pak Cik Irom yang membuatnya seperti ulun. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kamah Ib, MSr | kotor. | Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerunai, *jerunei* Ml | tiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu. | Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
barian MSb | hantaran perkahwinan. | Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunggang Ib | cerun. | Sampai sekarang Nyawai masih juga dikenang dalam nyanyian dengan kata-kata, "Nyawai yang telah meninggal lesi laya sulai, mempelopori Sungai Bangkit menuruni nunggang. Temegoh yang ramai pengikut, dan ada tiga puluh orang abdi pengurang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |