garusai Ih | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis keramaian yang ditarikan di atas pentas yang di bahagian tengahnya diletakkan setalam abu. | Tarian Garusai ini sama keadaannya dengan tarian Runsai bagi kaum Tidung. Ianya ditarikan pada sebuah pentas atau dewan, di mana di tengah pentas atau dewan itu akan diletak setalam abu untuk menjadi bekas membuang ludah dan puntungan rokok. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ropuan Kd, Tb | dapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak. | Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lakai LB | hujung bulu ekor ayam jantan. | Pengiran anak Raca Sarip mengantuk lalu tertidur di situ. Dia tidur di tengah-tengah Tuked Remini dan Balang Lemudan. Tuked Remini mengambil segenggam abu lalu meletakkannya di hujung lakai Pengiran anak Raca Sarip itu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |