Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat 1


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
piontokan Kd1. pertunangan sebelum dewasa.Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampal Kd KBroh jahat.1. Ampal atau Tompal – Kerjanya memakan orang sakit dan juga mayat orang yang baru mati. Dia tidak boleh menyeberangi air, tempat tinggal di bawah rumah orang sakit dan di kuburan orang baru mati.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompal Kd KBsejenis roh jahat.1. Ampal atau Tompal – Kerjanya memakan orang sakit dan juga mayat orang yang baru mati. Dia tidak boleh menyeberangi air, tempat tinggal di bawah rumah orang sakit dan di kuburan orang baru mati.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumurut Kdtempoh pembesaran kanak-kanak yang berusia 1 hingga 15 tahun.Di dalam tempoh yang dipanggil "sumurut" ini, mereka mula belajar mengenal nama-nama binatang dan tumbuh-tumbuhan. Setelah mencapai usia 15 tahun, mereka selalunya telahpun hampir tamat mengenali semua nama binatang dan tumbuh-tumbuhan.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
komburongoh, *komburongo* Kd1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus.Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas