Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ji] | اجي

Definisi : Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~ mahkota raja yg mer­deka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ji] | اجي

Definisi : Jw harga, nilai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ji] | اجي

Definisi : Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aji

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
taing-taing Ibperihal bunyi besi yang dipukul dengan besi.Aki Lang Sengalang Burong pun pergi ke ruai bertanyakan tempat benda yang Aji idamkan itu supaya boleh diambil. Kata Aji tempatnya ialah di sebuah bukit yang ditumbuhi resam, tempat yang selalu kedengaran bunyi ruding yang berbunyi taing-taing, berdekatan dengan gerun lubang seruling yang menghasilkan bunyi seperti Apai Keling Gerasi Nading, membuat hujung tiang kelingkang yang mempunyai lubang yang tembus dari sebelah ke sebelah digunakan untuk membuang miang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ara dapan Ibsejenis pokok kayu ara.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ara riong, *ara riung* Ibsejenis pokok kayu ara.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
melan-melan Ibkelihatan cantik, anggun, menawan daripada segi penampilan, atau rimbunan pokok.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas