debak Ir | 1. sejenis gendang. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ Sambut Pengantin Lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
situbau Ir | sejenis tarian yang menggunakan kain dastar ketika menarikannya. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ sambut pengantin lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popong Bd | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) – dongeng. | Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empitu Ib | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna kelabu. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu chuik (tikus) – dongeng. | Kumang menukar bentuk badannya sehingga menjadi sebesar telur burung empitu dan terus berguling masuk ke dalam lubang itu. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyulap Ib | mengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi). | Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelabu Ib | sejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan). | Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
itok Ib, MSr | selalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali. | Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selunsung MSb | sejenis ikan air tawar seperti ikan tidur tetapi bentuknya panjang dan dijual dengan harga yang mahal. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jaloh, *jaluh* Ib | suatu petanda buruk atau baik yang dibawa oleh burung. Contohnya kekerapan bunyi burung itu menandakan keadaan semakin bahaya atau semakin selamat. | Kalau berhuma atau membuat kerja lain, orang yang sudah tua tidak boleh menggunakan burung jaloh ini tetapi orang muda, boleh. Burung jaloh ini akan mengangkat orang itu, memberangsangkannya ke mercu kejayaan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |