Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.a.lu] | الو٢

Definisi : sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alu-alu

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lingkoh BjIkan alu-alu; Sphyraena jello.Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
surui MSbsejenis ikan spt alu-alu.Tahir mengambil kepala ikan surui yang telah dicincang membuangnya ke dalam air, tangannya dipacik-pacikkan “makan…. makan, hari ini kami bawa makanan baik untok kamu. Makan…. Mari, mari” Tahir merayu-rayu.Tahir Sudah PergiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baya pandang Ibpakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati.Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas