tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lingkoko Tb | pantun klasik. | Lingkoko ini sering kali menggunakan bahasa-bahasa orang Sungai yang bercorak klasik di samping penggunaan lambang-lambang yang sukar ditafsirkan oleh anak-anak muda, namun pada masyarakat Orang Sungai yang dewasa bahasa yang bercorak klasik dan penuh lambang itu dengan mudah dapat mereka mengertikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpung Bj, Kd | bekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa. | Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai. | Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
susuk tingkayu Tb | dendam (bahasa kiasan suku kaum Sungai). | Pak Odok sering menggagalkan segala rancangan. Itulah pendapat Turagai. Dia mahu Nanak menjadi susuk tingkayu atas kematian Sindan, anak buahnya. Kalau bukan Nanak, Pak Odok pun sudah cukup. Kedua-duanya pun bersalah dan berdosa mengikut perkiraan Turagai. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mogsorakan Tb | adat pinangan suku kaum Sungai yang tidak boleh ditolak oleh kaum perempuan kecuali hantaran dikembalikan dengan satu kali ganda. | Seminggu kemudian, Toksin datang dan mogsorakan kepada Mondoi, anak gadis Ambuyat. Perkahwinan sudah pun ditetapkan harinya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mandak Kd | kerbau muda yang sesuai untuk disembelih. | Buat permulaan Omar membawa pulang seekor anak kerbau “mandak”. Kerbau itu disembelihnya di tepi sungai daging kerbau itu diagih-agihkan kepada penduduk. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pudak Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu. | Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudak | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasun Ib | sejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik. | Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |