anding Ky, MBr | nama tarian pemujaan. | Pada mulanya tarian Anding ini bukanlah merupakan tarian untuk bersukaria, tapi merupakan ‘pemujaan’ terhadap semangat atau dewa dewi dan mambang. | Pemujaan Semangat Dewa Dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengalai Ky | penari. | Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dumbak MBr | sejenis rebana yang hanya dimainkan oleh wanita. | Kesemua alat-alat muzik ini dimainkan oleh lelaki atau perempuan, kecuali Dumbak - rebana - ianya akan dimainkan oleh wanita saja di samping melagu/ menyanyikan Anding itu sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |