Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut, Pentapodus setosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjang-anjang I

Puisi
 

Berteriak burung di rimba,
     Parak bertagur di hujung kayuan;
Anjang perak layar kesumba,
     Seperti pungguk merindu bulan.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ketam kelitak MSrsejenis ketam bakau.Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monggok, *munggu* Ibkawasan yang sedikit tinggi di tanah rata.Tercatuk di atas monggok tanah paya bakau, Anjang Husin mengesat-ngesat peluh yang mercik di dahinya.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kejarut, *bejarut* MSrkusut, berserabut.Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas