indai Ib | emak. | Apai tak boleh buat kerja tu sendiri. Apai mesti ingat anak-anak apai ini. Indai dah tak ada lagi, apai pula nak meninggalkan kami bertiga! bantah Minyoh. | Novel Pahlawan Rumah Panjang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyagu Ib | menyanyi (penyanyi latar). | Seni katanya mudah saja, jawab Apai Sabit Bekait. "Langau bukan langau mendebungakan bunga Manding, Ke mana pandong Apai Sabit Bekait condong, Mengelilingi rumah Keling," kata Apai Sabit Bekait mengajar mereka nyagu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
apai Ib | 1. ayah. | Kali pertama ketika Apai Mikai, ayahnya, masih hidup. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
membuntas, *muntas* Ib | membedah. | Adu Apai Jingan cedera parah; peluru masuk dari dada dan berbonjol di sebelah belakangnya menyebabkan dia sering muntah darah. Oleh kerana hendak cepat lari mereka tiada cara untuk mengubati kecederaan Apai Jingan ini. Setelah sampai di Sarawak (sekarang Kuching) barulah Kedit membuntas dan mengeluarkan peluru dari belakang Adu dengan hujung pedangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengap Ib | menyanyikan lagu suci. | Awaklah mengap selepas aku, kata Apai Sabit Bekait kepada Keling, "dan awak membantunya," katanya kepada Laja. "Bolehlah," kata Keling dan Laja, "tetapi macam mana kata-katanya?" "Seni katanya mudah saja," jawab Apai Sabit Bekait. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pendam Ib | tanah perkuburan. | Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangka Ib, MSr | tamak haloba. | Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. Bakak yang juga bergelar Asu Rangka atau Anjing Gelojoh sebenarnya sudah ada di situ tetapi Maloh tidak mengenalinya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balui Ib | sejenis buluh yang tumbuh di kawasan bukit. | Tuak diisikan dalam buluh balui, beritahu Apai Icut yang tiba-tiba saja terjengul di muka pintu ruai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeruit Ib | sejenis burung kecil; Orthotomus sepium, yang biasanya memberi alamat atau petanda berlaku sesuatu. | Sekali-sekala burung kelicap dan jeruit terbang rendah melintas di depannya, mengejutkan Apai Icut. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |