telenga atap Ib | bahagian atap yang boleh dibuka untuk pengudaraan di waktu siang. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkawan Mr | penjodoh bilangan untuk atap. | Walaupun telah dibuka tiga bangkawan atap dari bumbung rumah untuk dijadikan alas tempat haiwan yang akan dikorbankan. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pana Ib | nasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gerunggang Ib | sejenis pokok yang batangnya boleh disirap atau dibelah untuk dijadikan atap. | Endu Bunga Eni dan Dara Bunga Satangkai meneruskan perjalanan mereka. Menjelang tengah hari, mereka terserempak dengan sepohon pokok gerunggang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirung Kd, MSb | terendak daripada anyaman buluh. | Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah. | Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ririk Ib | sejenis tumbuhan liar, daunnya besar dan lebar biasanya digunakan untuk membungkus nasi atau membuat atap. | Jabau membuka pelepah ririk kering yang menudung buluh-buluh di bawah pokok ensurai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanting Ky, MSr | pangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap. | Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |