Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yun] | ايون

Definisi : gerak ke sana ke mari, goyang, buai; ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang); berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul; mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~ langkah; terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yun] | ايون

Definisi : ; berayun bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. mengayun 1 = ber ayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). mengayunkan 1 menggerakkan supaya berayun: ~ buaian. 2 memulakan sesuatu pergerakan (spt ketika hendak memukul): ~ langkah memulakan langkah: ~ tangan mengangkat tangan (spt ketika hendak menumbuk). ayunan 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayun

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kuruna Bj, Slmahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci.Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu.Sejambak bunga emasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
burung berua Ibkeadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya.Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gorinding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas