bahar Kd, Tb | tuak. | “Siapa lagi kalau bukan angkara Si Solisir itu!” bentak Yambut, keberangan. “Adakah patut, Si Baljit yang kaki judi, kaki perempuan dan kaki bahar itu, dianggapnya jelmaan roh mendiang suaminya! Tak masuk akal langsung!” | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wani MSb | kuini; Mangifera odorata. | Pokok bambangan ada. Pokok belimbing ada. Pokok wani ada. Kesukun ada. Pokok kelapa memang banyak. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kesukun MSb | sejenis pokok, sukun | Pokok bambangan ada. Pokok belimbing ada. Pokok wani ada. Kesukun ada. Pokok kelapa memang banyak. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patu MSb | itik surati, itik nila. | Ayam betina berlari kencang. Anak-anak ayam mencicit-cicit. Ayam jantan berlari anak sombong. Patu dan angsa terkedek-kedek. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rosok Kd | sejenis tumbuhan yg kulitnya digunakan utk memberi warna merah dan rasa pahit todi. | Kulit kayu yang dipanggil rosok inilah yang memerahkan air nira untuk menjadi sedikit pahit dan mengeluarkan semacam gas. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lihing Kd | wain drpd nasi dan ragi yg diperam sekurang-kurangnya tujuh hari. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
humabat, *humabot* Kd | upacara memberi makan semangat padi dengan melontar hampas tapai agar melekat pada dinding. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monogit Kd | upacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak. | Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |