belingau Ib | sejenis keladi liar. | Menyedari bahawa ia tidak terdaya melepaskan diri Jabar lalu menukar dirinya menjadi tumbuhan keladi belingau. Keladi liar jenis ini berbau. tersebut dia akan mengatakan bau itu bau Jabar. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isian Bj | ilmu batin. | Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amarawak Mr | kemarahan semangat. | Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambung, *gambong* MSr | sombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak. | Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dengah Ib | kepala musuh yang diperoleh semasa ngayau. | Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
darangan sumagayan Ir | sejenis tarian suku kaum Iranun. | Seperti yang terdapat pada gambar bahawa Tarian Darangan Sumagayan ini ditarikan dengan iringan muzik gendang, dua buah bebandil (canang) dan seorang penyanyi akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Irranun. | “Darangan Sumagayan’ Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makan salong Kn | kenduri arwah. | Ketika itu sanak-saudara mereka sedang makan salong, kerana menyangka bahawa kedua-dua suami dan isteri tadi sudah meninggal dunia. | Novel Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampalalang Mr | upacara amal untuk meredakan semangat yang marah. | Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bambaazon Kd | semangat padi. | Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |