titik badan, *titik baran* Mr | sejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau dan namanya diambil sempena nama sejenis burung. | Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik badan (nama sejenis burung) dan titik ason. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mangah Ib, MSr | sifat panas baran, bengis, garang. | Sudah lama aku pulang. Malah tidak mungkin aku akan meninggalkan Kuching dan tugasku di pejabat kerajaan itu. Bukan aku sombong sangat dan bukan aku mangah sangat. Aku tahu siapa diriku, Syam. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
emungin-angin Mr | sejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau. | Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik baran (nama sejenis burung) dan titik ason. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dengah Ib | kepala musuh yang diperoleh semasa ngayau. | Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |