Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru-baru ini

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelupis Ky, Kb, LBpulut yang dibalut dengan daun palas dan diikat sebelum dikukus.....kejayaan penduduk dari beberapa buah kampung menghasilkan jalinan kelupis sepanjang 210m kaki sempena Perayaan Ulang Tahun ke 40 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat Lawas baru-baru ini....Pedoman RakyatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
singut Iblebah.Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gumazad Kdupacara menghalau hantu dari rumah baru.Upacara Gumazad ini diadakan adalah untuk menghalau hantu dari rumah baru yang akan ditempati oleh penghuninya. Untuk menghalau hantu yang berkenaan, maka diadakanlah upacara Gumazad.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuwa Ibjin atau semangat yang menolong seseorang untuk berjaya.Kalau keturunannya kemudian hari ada berkahwin dengan orang dari tempat yang jauh, mereka ini mesti bederian, bejamban dan juga bepanti kerana takutkan tuwa tidak mahu ikut sama ke tempat yang baru. Ini mencontohi adat yang digubalnya sendiri semasa dia berkahwin dengan Gupi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taba Ibtapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru.Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulu Mr Tlrabung rumah.Kemuncak daripada upacara mansayau ini ialah upacara penutupan kulu iaitu rabung rumah panjang baru.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
musandak Tbhantaran kahwin.Itu bilang, ini satunya bariyan (berian). Jadi manusia itu dia ambil itu kepala buat musandak (hantaran kahwin). Musandak itu manusia baru kau dapat kahwin.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
damun Ibhutan sekunder – kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit).Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansayau Mrsejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin.Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyangkah Ibsuatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau.Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas