narum, *narum tarum* Ib | proses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarum Ib | sejenis tumbuhan renek. Daripada tumbuhan ini terdapat bahan pewarna hitam yang boleh digunakan dalam proses mewarna kain tenun. | Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mampul Ib | suatu proses pemisahan warna pada kain pua kumbu iaitu dengan cara mengikat kain tersebut dengan lembar tali nilon. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelian Ib | cara pengubatan yang dilakukan oleh manang dengan menggunakan nada suara yang berlainan semasa membaca mantera, jampi dan sebagainya mengikut jenis penyakit. | Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sibung Bd | sarung untuk parang, pedang dsb. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tertangkin, *tangkin* Ib, MSr | diikat di pinggang, seperti parang, raga dan lain-lain. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bebangun Ib | suatu upacara keagamaan untuk mengangkat (naik taraf) manusia biasa ke tahap manang. | Setelah lama berbincang barulah Sengalang Burong meminta adiknya sendiri yang bernama Raja Menjaya menjadi manang atau dukun. Ini Inda melantik Raja Menjaya menjadi manang dalam satu upacara khusus yang dipanggil bebangun. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buan LB | sejenis bekas mengangkut padi berbentuk bulat besar. Ia diperbuat daripada anyaman rotan. Disikut di belakang. | Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai rugan Ib | suatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia. | Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |