bedil keletung, *bedil kelutung* Ib | kata majmuk yang merujuk sejenis bedil yang diperbuat daripada tembaga. | Pada satu hari bedil keletung tiba-tiba berbunyi menandakan kepulangan Ketupong dan kumpulannya dari merantau. Ketupong ialah suami Dara Tinchin Temaga, menantu sulung Sengalang Burong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalau Ib | kayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh. | Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuwil Kd | sejenis jerat. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bakakuk | senapang buatan sendiri. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunggul Kd | sejenis jerat tradisional. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gado Kd | sejenis perangkap tradisional binatang kecil seperti tupai dan tikus yang dipasang pada dahan kayu. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |