tulandad Kd Tn | menangkap ikan pada hari tidak bekerja. | Biasanya, kerja menangkap ikan dilakukan oleh orang-orang Kadazan pada hari mereka tidak bekerja yang disebut "tulandad". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aling LB | pengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering. | Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mokilolodukon Kd KB | sejenis roh jahat. | 24. Pomiyak-biuk atau mokilolodukon- Selalu memasukkan diri ke dalam diri orang yang bekerja menggunakan benda tajam. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pomiyak-biuk Kd KB | sejenis roh jahat. | 24. Pomiyak-biuk atau mokilolodukon – Selalu memasukkan diri ke dalam diri orang yang bekerja menggunakan benda tajam. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merimba Ib, MSr | menebas dan menebang hutan untuk tujuan berhuma. | Akhirnya si suami dan kawan-kawannya pulang. Mereka keletihan kerana bekerja keras seharian merimba hutan. Dayang pula pura-pura demam. Dia berselimut di dalam biliknya. Si suami pun pergi ke dapur. Dia melihat suatu pun belum dimasak. Dia mendapatkan isterinya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | “Bila mentua membawa saging menantu sudah faham,” beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |