Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat, digunakan utk menyedapkan masakan, terasi; bagai ~ dikerat dua prb hal yg mendatangkan aib kpd kedua-dua belah pihak; spt kera kena ~ prb sangat gelisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan penyedap makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat-lumat; terasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belacan

Puisi
 

Patah galah mudik ke Jelai,
     Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin;
Apalah salah kita bercerai,
     Sabit belacan makan dek kucing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kera (= monyet) kena belacan.

Bermaksud :

Sangat gelisah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bubuk MSbsejenis udang kecil yang digunakan untuk membuat belacan.“Kawasan Teluk Ambung ini sesekali didatanginya, terutamanya apabila tiba musim bubuk. Dia amat gemar memakan udang kecil itu,” jelas Pak Hilun.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
songkor MSrsejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang.Binaan yang diperbuat daripada pokok nibong ini digunakan oleh penduduk kampung untuk memasang ‘songkor’, sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang, bahan utama untuk membuat belacan, salah satu produk yang paling sinonim dengan kampong Boko.Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas