Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
peridi Ibbanyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia).Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wai Ibkata sapaan mesra.Baru saja kedua beranak itu bersiap-siap hendak beradu tenaga menghulurkan perahu ke gigi air, tiba-tiba kedengaran suara yang menegur:“Hoi wai! Hendak ke mana tu?”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kawi Ibsejenis kayu keras; Triestania species1, lazimnya terdapat di tepi laut atau tebing muara sungai.Kayu yang mereka tebang adalah dari jenis kayu kawi. Babi yang sudah beranak tiga kali dikorbankan ketika mereka hendak menebang kayu itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mimoh, *mimuh* Bdmendirikan bangunan.Kembang rasa hatinya apabila ada jiran yang bertandang atau melintas halaman rumahnya dan bercakap atau bertanya fasal kayu itu. "Siapa buat" "Siapa lagi. Akulah." "Wah, wah! Tak lama lagi, mimohlah kita dua beranak ni…" "Mudah-mudahan."Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas