empelasi Ib | sejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik, berwarna kelabu. | “Eh, sayalah yang datang ke mari saudara. Apakah yang hendak dikatakan dengan panjang lebar” Ke air ikan empelasi terpelanting, ke pantai tercampak ikan seluang. Sekiranya saudara sudi, jemputlah saya turut berbaring, kalau tidak usirkan pulang,? jawab anak Keling. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
timang Ib | nyanyian suci. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lupung Ib | sejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam. | Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |